15 Users Online  
 
Emel Surah Ini Emel Surah Ini Cetak Surah Ini Cetak Surah Ini 12,632 views|Download Quran MP3 | Topik dalam Quran
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

88. Al-Gashiya

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.


[1]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?


[2]Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,


[3]Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,


[4]Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -


[5]Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.


[6]Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,


[7]Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.


[8](Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,


[9]Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -


[10](Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),


[11]Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,


[12]Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,


[13]Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),


[14]Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),


[15]Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),


[16]Serta hamparan-hamparan yang terbentang.


[17](Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?


[18]
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?


[19]Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?


[20]Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?


[21]Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;


[22]Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).


[23]Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -


[24]Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.


[25]Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,


[26]Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Tags: ,

Senarai Penderma:Penambahbaikan laman web ini
Kerja Penambahbaikan. (surah no:1,32-114 Sahaja buat masa ini) Updated: 03:52/ 12.05.2014 (surah 32.Sajdah)

Mari menderma di Maahad Tahfiz: Derma di Maahad Tahfiz
PRT SyriaCare

"Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya"- Al Anbiya ayat 3
"maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup?" - Muhammad ayat 24

"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran " – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)



Copyrights Notice: Hakcipta Seluruh Umat. Boleh Copy & sebagainya. Gunakan, Amalkan, Dakwahkan. Semoga Allah swt meredhai kita semua.
Al-Quran MP3 / Quran English Translation / Belajar Solat Seperti Nabi saw - Video / Download Tafsir Ibnu Katsir | Topik dalam Quran
Allahummashfi Mohd Aysraf Mohd Aris. Amin ya Allah - kidney endstage
Powered by Wordpress. Quran text powered by GuidedWays with permission