9 Users Online  
 
Emel Surah Ini Emel Surah Ini Cetak Surah Ini Cetak Surah Ini 15,084 views|Download Quran MP3 |
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

99. Az-Zalzalah


[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,


[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,


[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”


[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:


[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).


[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.


[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


[8]Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Tags: ,

Senarai Penderma:Penambahbaikan laman web ini
Kerja Penambahbaikan. (surah no:1,41-114 Sahaja buat masa ini) Updated: 18:30/ 19.01.2013(surah 41,42 & 43)


"Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya"- Al Anbiya ayat 3

"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran " – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)



Copyrights Notice: Hakcipta Seluruh Umat. Boleh Copy & sebagainya. Gunakan, Amalkan, Dakwahkan. Semoga Allah swt meredhai kita semua.
Al-Quran MP3 / Quran English Translation / Belajar Solat Seperti Nabi Muhammad - Video / Download Tafsir Ibnu Katsir
Powered by Wordpress. Quran text powered by GuidedWays with permission